>

Saturday, 23 March 2013

Muscular Strength

Kekuatan Otot

Tajuk yang ini memang hot... Hahaha.

Ok, bagi lelaki sejati yang mahu tampil gagah perkasa lagi kan bergaya, kekuatan otot adalah suatu yang pasti. Haha, muscular strength is all about the ability of a muscle to exert a maximal force through a given range of motion or at a single given point. Faham kan kan kan.. hehe.

Mudah je, 'Umpama semut yang mampu mengangkat berat objek 7x berat badan semut itu sendiri.
Pijak semut pun tak mati-mati', power la tu kan. haha..

Bagi lelaki, kekuatan otot pasti nya membentuk tubuh idaman bagi si dia. Apa tidak nya, otot-otot akan membesar dan membengkak. huuhhhh, banyak mata yang memandang, tak senang duduk si dia pula nanti.

Bagi wanita, jangan lah pula takut. Senaman kekuatan otot tidak akan menyebabkan badan membentuk seperti ketol-ketol itu. Ini kerana Allah s.w.t itu adil lagi kan saksama, tahu apa yang terbaik untuk kita semua. Bah kan, kita bertambah sihat dan mampu melakukan kerja lebih baik.


1RM Test

Merupakan ujian kecergasan di mana ujian berat untuk 1 repitition maximum force.

Haaaa, contoh 1RM bagi incline bench press. So, load with maximum berat yang mampu kita angkat untuk hanya 1 repition sahaja. Kalau boleh angkat 2 kali tu, tak jadi 1RM, jadi 2RM.. dan seterus nya... hahaha.

(just for demo ye ~ ~)

Muscular Endurance

Daya Tahan Otot

Bahasa mudah nya adalah "berapa lama badan boleh bertahan"

Kalau sains sikit, "kemampuan badan untuk menerima dan menahan bebab cukup berat untuk suatu tempoh masa atau jarak atau kedua-dua nya lah" hahahahaaa...

Let's reverse back info-info lepas, CV, cardio fitness or cardio endurance, sama juga menguji kekuatan otot, namun otot yang diuji adalah otot cardiac iaitu otot jantung untuk mengepam darah ke seluruh anggota badan yang memerlukan.

Tajuk kali ini pula macam sama, tetapi cerita lain lah pulak kan. Hehehe.

Paling mudah, selain otot cardiac, otot-otot lain itu adalah watak utama untuk cerita kali ini ok.

Contoh, melakukan senaman "Push-Up" dalam tempoh 5 minit. Otot yang bertindak adalah otot pect. major & triceps. Beban yang digunakan hanyalah beban badan sahaja. Huhhhh, 5 minit tu, menangis budak tu ~ ~

Ada Berani ???       Tak cukup berat ker ??? 

Cuba yang ini pula ~ ~ ~


5 Minit...huhuhuhuuuuuuuuu ~ ~

Wednesday, 20 March 2013

Fleksibiliti

Flexibility di sini bermaksud darjah kehebatan pergerakan pada bahagian sendi/joint. (range of motion in a joint or series joint)

Sendi / joint : terdapat di kawasan antara dua tulang yang berhubung. Huhuuu, Paling mudah faham, Kalau kita makan sup tulang, ada warna Putih pada Hujung Tulang. kan3...Haa, tu lah joint nya...
Terdapat 3 jenis : 1) Fibrous Joint
                             2) Cartilaginous Joint
                             3) Synovial Joint


Factors Limiting to flexibility :

1) Gender
     *** gegirl lebih dari boboi

2) Age
    *** budak-budak lebih dari orang dewasa

3) Genetic
   *** Syukur lah dapat sihat.. hehe

Tingkatkan Flexibiliti ke arah prestasi cemerlang. !!

I've done my research about stretching static and dynamic toward vertical jump performance.

Haha, hasil kajian saya mendapati stretching dynamic memberi impak lebih baik ke atas prestasi lompatan vertical berbanding stretching static.

Ok.


Flexibility Test
1)  Sit and reach



 * kenalah ada sit and reach box tu kan
 * take out shoes
 * don't lift up tke knees
 * tolak penanda sit and reach box menggunakan hujung jari sejauh mungkin
 * Slow & steady

 p/s : Haha.. jangan lupa,amalkan stretching dynamic yeeeeeee ~~~~

Saturday, 16 March 2013

Daya Tahan Cardiovaskular

Cardiovascular Fitness


Absolutely about our "Jantung" & "peparu" ke "paru-paru".  hehe

Kemampuan jantung dan paru-paru untuk mengepam darah ke otot-otot yang bekerja mahu pun yang penat bekerja. Haaaa, sebab nya, otot-otot memerlukan bekalan "Oksigen" untuk bergerak.

 p/s : darah yang di pam keluar dari jantung mengandungi "hemoglobin" yang berfungsi menyimpan "oksigen".

Contoh mudah, atlet marathon yang mampu berlari sejauh 42 KM. Perggggghhhhhhhh.....dasyat kan..

Haha, yang ni T-shirt je..


Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi cardio fitness ni, degupan jantung, isipadu strok, output jantung, dan penggunaan oksigen maksimum. Huh, banyak nya... Tak apa, yang penting tahu bagaimana meningkatkan cardio fitness.

Ok, of course dan tak lain tidak bukan, nak tak nak kena juga melakukan aktiviti senaman. Adoiiiiii......

Aerobic & Anaerobic !!! Aerobic "dengan oksigen" & anaerobic "tanpa oksigen".

Training for aerobic :
1) Treadmill

2) Bicycle

3) Stepper

4) Dancing 



 Yeah.. Mantop. !!

Training for anaerobic :
1) Sport
 Bersukan lah apa-apa pun, janji sihat. Bola sepak, futsal, bola jaring, bola tampar.. oh yeah..

2) Circuit Training
Terdapat pelbagai jenis workout yang boleh digabungkan untuk dijadikan sebagai circuit training. More creatif, more fun...

3) Resistance Training
Mostly said, let's go to the Gymnasium.  Yes, best apa, baru kena Air-cond kan-kan.. Haha. (kalau gym tu pasang air-cond, haha)

4) Sprint Training
Jarang orang kita ni nak pergi buat sprint training. Kalau atlet tu, memang tidak dinafikan lah kan. Sebab outdoor, dan tak tahan panas ler kan.. (aku pun sama je..)

Ujian untuk menguji Cardiovascular Fitness

Let's try for
 "Bleep Test"


*** larian mengikut 'beeps' pada setiap penghujung jarak (kon)
*** terlepas 'beeps' 3x dan out.

p/s : semakin lama 'beeps', semakin bertambah level (intensiti larian), semakin bagus cardio fitness anda. 


Hohohooo..find intructor for more info...

Jom amalkan nya.... ~ ~ ~

Monday, 11 March 2013

Broga Hill

Ok, let's take a break about "fitness test". Nak cerita pasal test lain lu, "Pendakian Bukit Broga"

Broga Hill atau pun Bukit Broga nih agak famous disebabkan lokasi nya sesuai untuk melihat "Sun Rise".

"Huh, run rise lah sangat, plan dengan kakak untuk start pendakian jam 6.00 am, bangun bukan main awal, tunggu punya tunggu, kakak tak bangun-bangun, yang adik pulak dan-dan sakit perut. Last-last, sampai sana jam 7.00 am. Dah tu, tunggu pulak geng kakak sampai. Hmmm, amekaw, jam 7.30 am baru start daki...huhuhuuuuuuu"

Walau bagaimanapun, ia juga sesuai bagi peminat-peminat beginner yang mahu menguji kecergasan jantung atau kardiovaskular (still relate to fitness test kan3). Sebab pe, ni haaaa......

 Only 1.7 km je...bkn jauh pun..kan3..


This is My sister yang lewat, huhuhuuu...(jenuh aku tunggu dari jam 5.30 am)


Ok, this is several part semasa pendakian yang aku rasa agak menarik, hmmmmmm.....


tak mencabar pun kan, hmmm...Next.!!!


Ok, this one memang mencabar and hanya yang ni lah rasa mencabar kot. kalau tak, tak ada lah ramai orang kat situ kan..Kecerunan lebih kurang 10-15 darjah rasa nya. Tambahan, keadaan bukit berdebu menyebabkan kasut mudah tergelincir.. Hati-hati yeee.....



Haaaa, tengok ni.. old series still mampu panjat, tabeeek spring r..


Even nama nya naik bukit, but still ada laluan tanapa cerun.  Next. !!!

Dah kat atas nii..haha..



Here-here...


Tips sikit kan...



tak ada beza ??? Ada la, this is about pemilihan jalanm bukan pemilihan wakil rakyat yeee...Pilih lah jalan yang grip something seperti rumput kering tu (kiri) berbanding jalan yang berdebu tanah sahaja. Then,


Pilih jalan yang berbatu keras untuk membantu cengkaman kasut.

Sliding dapat membantu mengimbangkan badan disebabkan faktor permukaan pendakian yang berdebu.

Biar kotor, janji selamat !!!








Larangan la plak kan....


Jangan buat hal seperti berikut :
Kasut penting untuk mendaki, jangan lah pakai kasut yang mengarut seperti ini....



dan ini,...tahu lah "buaya" itu kuat...
















Mahu pun yang ini, jangan lah buat...rosak tempat, 
buruk pemandangan jadi nya..















Rasa nya dah cukup la tu kan, banyak lagi tips-tips pendakian ini, all this just mistake yang selalu orang kita buat. 

Apa-apa hal, kepada yang mahu mandaki bukit Broga, Selamat Berjaya !!!



Friday, 8 March 2013

Fitness Test

Hohoooo... Yohoooo hoooo... ~~~

Fitness test merupakan ujian kecergasan. Fitness test adalah penting untuk memberi kesedaran pada diri tentang tahap kecergasan. Terdapat pelbagai ujian kecergasan yang boleh dijalankan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa komponen kesihatan yang perlu di tekankan.

Komponen Kesihatan fizikal (Health related components) :

1) Kekuatan otot (Muscular strength)
2) Daya tahan otot (Muscular endurance)
3) Daya tahan kardiovaskular (cardiovascular fitness)
4) Fleksibiliti (flexibility)
5)  komposisi badan (body composition)

Komposisi badan

Kandungan dalam badan. (Jom start wif no 5)

"Apa yang ada dalam badan ? Berapa banyak ? Ok ke ???"

 Itu soalan-soalan yang tertanya-tanya.  Haha, yang penting adalah kita tahu peratusan jumlah lemak, bagi berat badan terhadap ketinggian seseorang itu.

Kaedah yang boleh diguna pakai
** BMI (body mass index) sume dah tahu kan.

** Skinfold measurement.
Ok, yang ni haa best...susah dan leceh... hahahaaa.

Pastikan ada penyepit ni ha
Harpenden Calipers (United Kingdom) bertekanan 10g.mm-2


Yang ni susah, sebab nak dapatkan mende ni susah kot.. kalau jumpa kat kedai pasaraya ke pe ke, tetap tidak sama kerana tekanan nya yang berbeza. Emmmmmm....


Ukuran selalu nya dilakukan di bahagian sebelah kanan bagi tujuan keseragaman.

Protokol sepit-menyepit :
Berikut merupakan  "best spot area"

1. Trisep – lipatan kulit dicubit dengan menggunakan ibu jari dan jari petunjuk kiri pada tanda di posterior garisan titik tengah acromiale-radiale. Lipatan kulit diambil secara selari dengan atas dan ukuran dibuat pada permukaan paling posterior trisep pada lengan tangan apabila dilihat dari tepi. 

2. Subskapular – lipatan kulit dicubit dengan menggunakan ibu jari dan petunjuk kiri pada tanda 2 cm di bawah landmarks skapular dan condong pada sudut 45º.

3. Bisep – lipatan kulit dicubit dengan menggunakan ibu jari dan petunjuk kiri pada tanda di anterior garisan titik tengah acromiale-radiale. Lipatan kulit diambil secara selari dengan garisan lengan atas dan ukuran dibuat pada permukaan paling anterior bisep pada lengan tangan apabila dilihat dari tepi. 

4. Supraspinale – ukuran dibuat pada titik silang antara anterior sempadan axillari dan superior sempadan ileum. Kedudukannya adalah 5 cm – 7 cm atas iliospinale dan condong pada sudut 45º mengarah ke bawah dan ke bahagian medial tubuh.

5. Abdomen – lipatan kulit diukur secara vertikal pada jarak 5 cm dari omphalalion di sebelah kanan tubuh. Omphalion merupakan titik tengah pusat.

6. Depan peha – ukuran dibuat secara selari denan paksi panjang femur pada kedudukan titik tengah antara lipatan inguinal dan sempadan paling atas patella. Subjek berada dalam keadaan duduk dengan membengkokkan lutut pada sudut 90º atau menegangkan kaki dengan tegak di atas kotak.

7. Tengah betis – subjek dikehendaki berdiri dengan kaki kanan berada di atas kotak atau berada dalam posisi duduk dalam keadaan lutut dibengkokkan pada sudut 90º. Ukuran dibuat secara vertikal pada bahagian yang mempunyai nilai ukur lilit yang paling maksimum pada medial betis.


**Ketika ukuran dibuat, kulit atlet dicubit dengan menggunakan ibu jari dan jari petunjuk kiri 1 cm di atas titik pengukuran. Lipatan kulit yang dicubit terdiri daripada lapisan tisu adipos dan kulit. 

**Semasa bacaan diambil, ibu jari dan jari petunjk hendaklah kekal pada lipatan kulit dan tidak dilepaskan. 

**Bacaan kedua diambil setelah bacaan pertama untuk semua bahagian tubuh telah diselesaikan. 

**Kemudian, purata bagi kedua-dua bacaan dicatatkan. Sekiranya wujud perbezaan sebanyak 5% atau lebih antara satu pengukuran dengan satu pengukuran berikutnya pada sesuatu bahagian tubuh, pengukuran kali ketiga dilaksanakan.

Pengiraan Peratus Lemak Tubuh


Ketumpatan tubuh (body density) dikira menggunakan persamaan Withers et al.(1987) yang mana persamaannya diolah berdasarkan hasil pengukuran jumlah ketebalan lipatan kulit pada tujuh bahagian tubuh atlet.

Persamaan Withers et al. (1987) yang digunakan bagi mendapatkan ketumpatan tubuh adalah seperti berikut:

BD = 1.0988 – 0.0004 (X1)

Nilai X1 adalah jumlah bacaan tujuh bahagian lipatan kulit

Kemudian, peratus lemak tubuh seterusnya dikira dengan menggunakan persamaan Siri (1961) seperti berikut : 

Peratus lemak tubuh = 4.95 - 4.5 x 100
BD

Thanks to

Ok, then 
** In Body
Huuhhh, this one of my fav gak nih... Cepat mudah dan nak lagi.. Haha

Machine nya ni haaaa 
In Body 230 (Basic)
Mahal Hooiiii... tapi kalau ade offer cuba kat mana-mana kedai, try je... hahahaaa.. 

Protokol :
1) Tanggalkan/keluarkan anything yang memberatkan badan.
2) Naik mesin tu, and isi maklumat dikehendaki.
3) No Stokin-stokin. Pijak atas plate (analisis gelombang magnetic menerusi badan) dan tangan pegang paddle besi tu.
4) Analisis processsssssssssssss.....

Booooommmmm.....keluar la result camni..

 p/s : mesin tu kena lah di support printer la kan
kalau tak tahu baca, tanya orang sebelah and seterusnya, haha..

Bersambung.......... ~~~

Thursday, 7 March 2013

Kolesterol !!!

Ha Haaaa Haaaaaaaaa !!!...
Jangan ada yang fobia lak..

"Lemak tu..."

Yes, Kolesterol sememang nya lemak, tetapi Lemak tidak semestinya adalah Kolesterol. Sebab dalam satu Family sama "Lipid".

About Kolesterol:



Haha, just for fun, x clear g kan.

Sebenarnya, kolesterol memang jahat, tetapi ada baik nya.

Haaa, Yang baik nya, kolesterol one of part at our "otak". Maksudnya, tanpa kolesterol, tidak lengkap lah otak kita.

Yang jahat nya, bila jumlah kolesterol berlebih-lebihan, maka berlakulah pengumpulan-pengumpulan disaluran paip-paip urat, sehingga mem'blok laluan ke jantung. Prak puk pang boooommm, tumbang kena "Heart attack". Ish3....tak patut tak patut...

Sebenarnya ke-2, body already produced own cholesterol. Hati la punca nya (800 mg - 1000 mg) omG...

Oleh itu, pakar kesihatan mensarankan pengambilan kolesterol dari luar (makanan) sebanyak 200-300 mg. Kolesterol asasnya dari produk haiwan dan produk tenusu.

p/s : jadi lah vegetarian kalau takut over kolesterol kan3...

Kolesterol terbahagi kepada 2 :
  1. LDL (low density lipoprotein) aka " kolesterol Jahat"
  2. HDL (high density lipoprotein) aka "kolesterol Baik"
Jahat sebab menyempitkan laluan urat saraf.
Baik sebab membantu singkirkan LDL  dalam darah.

My suggestion :
1) Ambil banyak sayur dan buah-buahan untuk mendapatkan khasiat fiber.
2) Of course, Senaman adalah wajib.
3) Tak Nak to Rokok.

Mudah je kan.