Alright Guys, lets get started..
Bersenam bukan bermakna berlari-lari anak di tepian taman mahu pun pantai, Just for Fun, yes. tapi bukan untuk kesihatan sebenar. "Exercise is Everywhere". Maksud nya, bersenam tidak mengenal tempat. Haha, cakap memang mudah kan, tapi nak buat tu....insyallah, sama2 kita ubah.
Bagi memulakan senaman yang effective lagikan berkesan gi tu, diri sendiri perlulah dalam keadaan bersedia dari segi mental dan fizikal. Rehat secukupnya amatlah ditekankan kerana tanpa rehat yang cukup, tubuh badan akan mendapat "stress" dimana hormone cortisol, epinephrine, dsb dihasilkan. Penghasilan hormone yang melampau akan memudaratkan tubuh badan. Maka, untuk bersenam, tubuh badan kenalah dalam keadaan baik. Umpama ingin pulang ke kampung, kenderaan haruslah diperiksa dan baik keadaannya, jika tidak, lorong emegency lah diguna pula.
Persediaan luaran, biasa lah, pakaian senaman. Trend masa kini memang hebat, dasyat, cool, dan bergaya. Terbaik !!!. Tetapi, bila bersenam tidak semestinya perlu memakai pakaian yang hebat-hebat itu, cuma bersenam itu yang perlu hebat. Ini tidak, penggayaan pakaian diutamakan daripada bersenam. Adoiii.. Walaubagaimanapun, pakaian perlulah bersih dan sopan, supaya tidak menganggu orang lain. Pandang-pandang, jeling-jeling, haa, renung-renungkan.
Ok, mulakan senaman anda dengan kalimah "Bismillahirrahmanirrahim". Haaa, mudah kan, precise and concise kata Nya. Jangan lupa tuh..

No comments:
Post a Comment