Fitness test merupakan ujian kecergasan. Fitness test adalah penting untuk memberi kesedaran pada diri tentang tahap kecergasan. Terdapat pelbagai ujian kecergasan yang boleh dijalankan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa komponen kesihatan yang perlu di tekankan.
Komponen Kesihatan fizikal (Health related components) :
1) Kekuatan otot (Muscular strength)2) Daya tahan otot (Muscular endurance)
3) Daya tahan kardiovaskular (cardiovascular fitness)
4) Fleksibiliti (flexibility)
5) komposisi badan (body composition)
Komposisi badan
Kandungan dalam badan. (Jom start wif no 5)"Apa yang ada dalam badan ? Berapa banyak ? Ok ke ???"
Itu soalan-soalan yang tertanya-tanya. Haha, yang penting adalah kita tahu peratusan jumlah lemak, bagi berat badan terhadap ketinggian seseorang itu.
Kaedah yang boleh diguna pakai
** BMI (body mass index) sume dah tahu kan.
** Skinfold measurement.
Ok, yang ni haa best...susah dan leceh... hahahaaa.
Pastikan ada penyepit ni ha
Harpenden Calipers (United Kingdom) bertekanan 10g.mm-2
Yang ni susah, sebab nak dapatkan mende ni susah kot.. kalau jumpa kat kedai pasaraya ke pe ke, tetap tidak sama kerana tekanan nya yang berbeza. Emmmmmm....
Ukuran selalu nya dilakukan di bahagian sebelah kanan bagi tujuan keseragaman.
Protokol sepit-menyepit :
Berikut merupakan "best spot area"
1. Trisep – lipatan kulit dicubit dengan menggunakan ibu jari dan jari petunjuk kiri pada tanda di posterior garisan titik tengah acromiale-radiale. Lipatan kulit diambil secara selari dengan atas dan ukuran dibuat pada permukaan paling posterior trisep pada lengan tangan apabila dilihat dari tepi.
2. Subskapular – lipatan kulit dicubit dengan menggunakan ibu jari dan petunjuk kiri pada tanda 2 cm di bawah landmarks skapular dan condong pada sudut 45º.
3. Bisep – lipatan kulit dicubit dengan menggunakan ibu jari dan petunjuk kiri pada tanda di anterior garisan titik tengah acromiale-radiale. Lipatan kulit diambil secara selari dengan garisan lengan atas dan ukuran dibuat pada permukaan paling anterior bisep pada lengan tangan apabila dilihat dari tepi.
4. Supraspinale – ukuran dibuat pada titik silang antara anterior sempadan axillari dan superior sempadan ileum. Kedudukannya adalah 5 cm – 7 cm atas iliospinale dan condong pada sudut 45º mengarah ke bawah dan ke bahagian medial tubuh.
5. Abdomen – lipatan kulit diukur secara vertikal pada jarak 5 cm dari omphalalion di sebelah kanan tubuh. Omphalion merupakan titik tengah pusat.
6. Depan peha – ukuran dibuat secara selari denan paksi panjang femur pada kedudukan titik tengah antara lipatan inguinal dan sempadan paling atas patella. Subjek berada dalam keadaan duduk dengan membengkokkan lutut pada sudut 90º atau menegangkan kaki dengan tegak di atas kotak.
7. Tengah betis – subjek dikehendaki berdiri dengan kaki kanan berada di atas kotak atau berada dalam posisi duduk dalam keadaan lutut dibengkokkan pada sudut 90º. Ukuran dibuat secara vertikal pada bahagian yang mempunyai nilai ukur lilit yang paling maksimum pada medial betis.
**Ketika ukuran dibuat, kulit atlet dicubit dengan menggunakan ibu jari dan jari petunjuk kiri 1 cm di atas titik pengukuran. Lipatan kulit yang dicubit terdiri daripada lapisan tisu adipos dan kulit.
**Semasa bacaan diambil, ibu jari dan jari petunjk hendaklah kekal pada lipatan kulit dan tidak dilepaskan.
**Bacaan kedua diambil setelah bacaan pertama untuk semua bahagian tubuh telah diselesaikan.
**Kemudian, purata bagi kedua-dua bacaan dicatatkan. Sekiranya wujud perbezaan sebanyak 5% atau lebih antara satu pengukuran dengan satu pengukuran berikutnya pada sesuatu bahagian tubuh, pengukuran kali ketiga dilaksanakan.
Pengiraan Peratus Lemak Tubuh
Ketumpatan tubuh (body density) dikira menggunakan persamaan Withers et al.(1987) yang mana persamaannya diolah berdasarkan hasil pengukuran jumlah ketebalan lipatan kulit pada tujuh bahagian tubuh atlet.
Persamaan Withers et al. (1987) yang digunakan bagi mendapatkan ketumpatan tubuh adalah seperti berikut:
BD = 1.0988 – 0.0004 (X1)
Nilai X1 adalah jumlah bacaan tujuh bahagian lipatan kulit
Kemudian, peratus lemak tubuh seterusnya dikira dengan menggunakan persamaan Siri (1961) seperti berikut :
Peratus lemak tubuh = 4.95 - 4.5 x 100
BD
Thanks to
Ok, then
** In Body
Huuhhh, this one of my fav gak nih... Cepat mudah dan nak lagi.. Haha
Machine nya ni haaaa
In Body 230 (Basic)
Mahal Hooiiii... tapi kalau ade offer cuba kat mana-mana kedai, try je... hahahaaa..
Protokol :
1) Tanggalkan/keluarkan anything yang memberatkan badan.
2) Naik mesin tu, and isi maklumat dikehendaki.
3) No Stokin-stokin. Pijak atas plate (analisis gelombang magnetic menerusi badan) dan tangan pegang paddle besi tu.
4) Analisis processsssssssssssss.....
Booooommmmm.....keluar la result camni..
p/s : mesin tu kena lah di support printer la kan
kalau tak tahu baca, tanya orang sebelah and seterusnya, haha..
Bersambung.......... ~~~



No comments:
Post a Comment